Thursday, January 21, 2010

RANTING CINTA SI PLATO - Norhayati Berahim

TERBARU DI PASARAN JANUARI INI...


Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Harga : RM 25.90
Halaman : 750 m/s

Panas siang masih lagi berbahang, walau sepertiga malam sudah menutup tabir siang. Di salah sebuah warung mamak di Sri Petaling, Muaz bertemu dengan Kyrel. Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi yang disusun di bawah pokok bila siangnya dijadikan tempat memarkir kereta.


“Abang tak boleh tuduh saya macam tu sekali. Abang tak boleh cakap saya berzina. Abang ada bukti ke?”


Mata mencerlung lelaki itu ditatap oleh Muaz dengan cara yang sama.


“Kyrel. Abang bukan menuduh. Tetapi Suwita beritahu sendiri dengan abang. Kamu tidur dengan dia..”


Sengaja Muaz berkata begitu. Mahu melihat lelaki tegar dan tidak pernah sedar diri itu akan mengaku atau tidak.


“Suwita? Mana abang tahu nama dia Suwita?”


Mendadak wajah Kyrel berubah. Kelihat sedikit gelisah. Mungkin sekarang baru berasakan kata-kata Muaz itu ada kebenarannya.


“Kau fikir abang bohongkan kau atau menuduh yang bukan-bukan terhadap kau. Perempuan itu perempuan yang tidak tahu malu. Perempuan yang tidak ada maruah diri.”


Suara Muaz sedikit tinggi. Radang hati yang disimpan dari tadi apabila melihat keegoan Kyrel. Akhirnya musnah.


“Saya hanya berkawan dengan dia..”


Lemah sahaja suara Kyrel. Mata Muaz merayap di wajah Kyrel. Sudah hampir tiga puluh tahun tapi akalnya masih belum penuh. Masih belum dapat berfikir yang mana baik yang mana buruk.


“Berkawan sampai bawa ke katil? Ke tempat tidur?”


Benar kata orang, sekuat-kuat lelaki mudah sahaja diperdaya atau dilemahkan hanya dengan rengekan atau godaan seorang wanita.


“Saya bukan orang yang macam tu..”


“Kamu memang boleh perdayakan abang, boleh kau bohongkan abang sesuka hati kau. Tapi kau jangan lupa Kyrel. Tuhan melihat apa yang kau lakukan. Apa yang kau buat..”


Diam. Tidak ada keluar apa-apa bunyi daripada mulut lelaki yang bertubuh 6 kaki itu. Mata Muaz merayap di wajah adik iparnya itu. Mungkin ketampanan lelaki ini yang menyebabkan Dian pantas sahaja jatuh hati. Tanpa sempat mengkaji hati budinya tanpa sempat meneliti sedalam-dalamnya kesan berkahwin awal.


“Kau dah ada isteri, sudah ada anak. Kalau kau rasa cinta kau terhadap isteri sudah tidak ada lagi. Lepaskan supaya hati Dian hanya retak sekali. Bukannya berkali-kali..”


“Tidak bang, tidak. Saya masih cintakan Dian..”Lelaki haloba! Perempuan itu dikejar, perempuan ini masih mahu disimpannya. Kalau sepanjang hidup lelaki itu masih haloba. Sampai bila-bila pun bagi Muaz lelaki ini tidak bahagia

Credited to :-Lady Arween

_____________________________________________________

Apa Kata CN:-

CN lum bace n lum beli pun lagi..masih xsempat nk kawad ke kedai buku..heheh lagipun gaji pun masuk, tggu nextweek bru fulus ade ckit..jeng3, put in my list so dun 4get to put in ur list too k...adios!!!

Da bace karang CN buatkan review kat cini, biasanya hasil tangan NORHAYATI BERAHIM xmenghampakan, so dis one oso...:-)

Wednesday, January 20, 2010

JAUHARI HATI - Imias Farhani


Penulis: Imias Farhani
Penerbit : Kaki Novel

Menemani Pergilah Air Mata pada Januari ini adalah novel Jauhari Hatiku yang bisa meruntun jiwa anda!!!


Nur Farisa Othman… gadis yang hidup di pinggir kota. Berwajah cantik menawan, serta penuh dengan sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya. Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ketika Farisa bekerja di syarikat terkemuka negara, dia bertemu dengan Daniel McCormick (duda beranak satu), anak kepada Micheal McCormick iaitu pengerusi syarikat berkenaan. Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta di hati Daniel. Namun perasaan itu dikekang demi bersikap profesional.

Di dalam kekalutan membesarkan Samantha, Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Farisa. Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih di antara mereka berdua. Bibit cinta terus mekar dalam diam.

Kemunculan semula Angela yang menuntut hak penjagaan terhadap Samantha telah membuatkan hidup Daniel kucar-kacir sekali gus menjarakkan Farisa dari dirinya. Lebih memburukkan keadaan apabila keluarga Daniel tidak merestui hasrat hatinya untuk bersama Farisa kerana darjat dan agama. Dalam keterpaksaan, Daniel bertunang dengan Reeta, anak kepada rakan baik juga doktor peribadi keluarganya itu.

Jauh di sudut hati Farisa, dia sangat mencintai Daniel. Namun, dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan mereka yang disayangi jika mereka tahu dia tidak akan hidup lama. Pertunangan Daniel dengan Reeta sangat mengecewakan Farisa, lantas lamaran Rafiq diterima. Hati Farisa sekali lagi hancur tatkala Rafiq memungkiri janji apabila keluarganya mengetahui Farisa tidak akan hidup lama.

Pelbagai onak dan duri kehidupan harus ditempuhi oleh Daniel dan Farisa untuk terus berada di samping orang tersayang. Namun… berjayakah Farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari hatinya?

Credit to :- KakiNovel
__________________________________________________________

Apa Kata CN:

CN pun akan dpatkn novel ni insyaAllah nextweek akan cari..baca sinopsis nmpak mcam mnarik n hopefully she did it..nnti dah dapat, bace n then CN bleh buat review ya!!!Go n Grab!!

Monday, January 18, 2010

INGIN KUSENTUH CINTAMU-Aryanie Ismail



Penulis : Aryanie Ismail

Semenanjung : RM18
Sabah Dan Sarawak : RM21


Ingin Kusentuh Cintamu… karya sulung penulis baru, Aryanie Ismail ini mengisahkan “adventure” perjalanan hidup Haniza yang secara tidak sengaja terheret ke dalam kancah perebutan harta keluarga Amanda, si kecil yang masih mentah mengharungi pancaroba kehidupan. Dia yang telah diwasiatkan oleh arwah Ratna (ibu Amanda)untuk menemukan Amanda dengan bapa saudara yang telah lama terputus hubungan, iaitu Iskandar rela melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai guru semata-mata untuk memastikan keselamatan Amanda terjamin.
 
Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi dengan satu syarat: Haniza WAJIB tinggal sebumbung dengan Iskandar kerana pemuda itu terlalu sibuk dengan kerjayanya dan tidak betah meladeni Amanda.
 
Haniza yang sayangkan Amanda rela dalam terpaksa bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Iskandar, lelaki berhati batu pada pandangannya. Iskandar pula terpaksa bersikap dingin dengan Amanda dan Haniza kerana dia tidak mahu merasai betapa sakitnya jika kehilangan orang yang disayangi.
 
Dalam masa yang sama, Iskandar terpaksa berhadapan dengan Fairuz – adiknya yang ingin membolot kesemua harta Amanda. Dapatkah Iskandar menjamin keselamatan Amanda yang disayangi dan Haniza yang telah berjaya mencuri hatinya? Berjayakah Iskandar mencari bukti pembunuhan bapa Amanda, yang juga abangnya? Siapa yang membunuh bapa Amanda? INGIN KUSENTUH CINTAMU bakal membawa anda ke alam cinta yang menggetarkan jiwa….
  __________________________________
 
Apa Kata CN:-
 
CN dh lame abes bace IKC ni, tp bru bkesempatan nk mreview ckit on dis (even dlm kesibukan bkerja) :-p...At first keluarakn ari tuh CN dh grab awal2..
 
Dipendekkan cerita mmg xmnyesal beli n berbaloi..nice story..Congratss to SisYanie 4 da first baby yg xmghampakan..CN akan review about IKC secara dtail kalo ade kesmpatan yea..stakat ni, sape2 yg lum dpatkan, go n grab it..put in ur list k..:-)

Thursday, January 14, 2010

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM-Areila Suhaimi



Penulis        :  Areila Sahimi

Harga Sem :  RM18
Harga S&S:  RM21

Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.

Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain. Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.

Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.

Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati. Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.

Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.
________________________________________________
 
Apa Kata CN:
 
CN bace rmai yang buat review BPMA n kte cite ni best..pnulis baru..So CN pun try la bace snippets die kat blog Areila..hehhe, besttt so bace smpai Bab 2 n stop..CN cari kat Minerva dan Pustaka Mukmin,KL tgok2 dua2 kedai stok habis..Last2 jumpe kat Pustaka Mukmin, Putrajaya..
 
CN baru nk start bace,even dh bli dr lastweek sbab xsmpat so tbiar cmtu jek...nnti dh setel CN kasik review ye..:-

Tuesday, January 12, 2010

PESTA BUKU ALAF 29 Jan - 1 Feb 2010

JOM BERAMAI-RAMAI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



POTONGAN 30%.. Wowwww!!!!!!!!!!!!!!
 

De' CINTA NOVELLA © 2008. Design By: SkinCorner