Sinopsis:
"Biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi"
Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.
Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.
Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami
Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?
* * *********
Sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA._____________________________________________
CN baru abeskan KMR dua ari lpas slpas btungkus lumus...nice story, bgitu kena dgn jiwa CN..pnuh penghayatan, dan bukan hanya kisah cinta pada manusia semata2..ia mlbatkan cinta pada masyarakat, adik bradik dan yang utamanya cinta pada Maha Pencipta, Allah S.W.T..novel cinta berunsur islamik..
hasil buah tangan drpda pnulis baru, Saidatul Saffa..Semoga penulis dapat menghasilkan novel sebegini di lain masa n yang lbih baik..Cn masih belum bkesempatan untuk mmbuat review mnyeluruh on dis novel, nnti ade mase CN update lagi yea...dadadaaaa, neway 4star++ tuk KMR..:-)
0 comments:
Post a Comment