Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts
Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

RANTING CINTA SI PLATO - Norhayati Berahim

TERBARU DI PASARAN JANUARI INI...


Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Harga : RM 25.90
Halaman : 750 m/s

Panas siang masih lagi berbahang, walau sepertiga malam sudah menutup tabir siang. Di salah sebuah warung mamak di Sri Petaling, Muaz bertemu dengan Kyrel. Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi yang disusun di bawah pokok bila siangnya dijadikan tempat memarkir kereta.


“Abang tak boleh tuduh saya macam tu sekali. Abang tak boleh cakap saya berzina. Abang ada bukti ke?”


Mata mencerlung lelaki itu ditatap oleh Muaz dengan cara yang sama.


“Kyrel. Abang bukan menuduh. Tetapi Suwita beritahu sendiri dengan abang. Kamu tidur dengan dia..”


Sengaja Muaz berkata begitu. Mahu melihat lelaki tegar dan tidak pernah sedar diri itu akan mengaku atau tidak.


“Suwita? Mana abang tahu nama dia Suwita?”


Mendadak wajah Kyrel berubah. Kelihat sedikit gelisah. Mungkin sekarang baru berasakan kata-kata Muaz itu ada kebenarannya.


“Kau fikir abang bohongkan kau atau menuduh yang bukan-bukan terhadap kau. Perempuan itu perempuan yang tidak tahu malu. Perempuan yang tidak ada maruah diri.”


Suara Muaz sedikit tinggi. Radang hati yang disimpan dari tadi apabila melihat keegoan Kyrel. Akhirnya musnah.


“Saya hanya berkawan dengan dia..”


Lemah sahaja suara Kyrel. Mata Muaz merayap di wajah Kyrel. Sudah hampir tiga puluh tahun tapi akalnya masih belum penuh. Masih belum dapat berfikir yang mana baik yang mana buruk.


“Berkawan sampai bawa ke katil? Ke tempat tidur?”


Benar kata orang, sekuat-kuat lelaki mudah sahaja diperdaya atau dilemahkan hanya dengan rengekan atau godaan seorang wanita.


“Saya bukan orang yang macam tu..”


“Kamu memang boleh perdayakan abang, boleh kau bohongkan abang sesuka hati kau. Tapi kau jangan lupa Kyrel. Tuhan melihat apa yang kau lakukan. Apa yang kau buat..”


Diam. Tidak ada keluar apa-apa bunyi daripada mulut lelaki yang bertubuh 6 kaki itu. Mata Muaz merayap di wajah adik iparnya itu. Mungkin ketampanan lelaki ini yang menyebabkan Dian pantas sahaja jatuh hati. Tanpa sempat mengkaji hati budinya tanpa sempat meneliti sedalam-dalamnya kesan berkahwin awal.


“Kau dah ada isteri, sudah ada anak. Kalau kau rasa cinta kau terhadap isteri sudah tidak ada lagi. Lepaskan supaya hati Dian hanya retak sekali. Bukannya berkali-kali..”


“Tidak bang, tidak. Saya masih cintakan Dian..”Lelaki haloba! Perempuan itu dikejar, perempuan ini masih mahu disimpannya. Kalau sepanjang hidup lelaki itu masih haloba. Sampai bila-bila pun bagi Muaz lelaki ini tidak bahagia

Credited to :-Lady Arween

_____________________________________________________

Apa Kata CN:-

CN lum bace n lum beli pun lagi..masih xsempat nk kawad ke kedai buku..heheh lagipun gaji pun masuk, tggu nextweek bru fulus ade ckit..jeng3, put in my list so dun 4get to put in ur list too k...adios!!!

Da bace karang CN buatkan review kat cini, biasanya hasil tangan NORHAYATI BERAHIM xmenghampakan, so dis one oso...:-)

Tuesday, December 1, 2009

AKU BUKAN BILLY MILLIGAN~Norhayati Berahim


Tajuk : Aku Bukan Billy Milligan

Karya : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Terbitan : 2009
Halaman : 770 m/s
Harga : RM24.90

"Dendam itu membuat dia sering gelisah"

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!
____________________________________________________________

Review CN:

Tajuk dh buat CN trtanye2, who is Billy Milligan..But da first time CN tau KakYati nk kuarkan buku ni, CN bace kt blog beliau..hrrmm, trus google nk tau sape la Billy Milligan tu…BM is someone yg mmpunya bnyak personality, its like split personality..bnyak prwatakan pd diri die...nk tau detail, search sndirik k..


Ni buat CN trpikir owhhh mybe hero lam cite ni kot, mcm2 prgai..nice cover, i like..cover by KakRose..same cm buku CHINTA, CN pun ske cover die..muka hero yang hensem, ganteng n macho gituuu...**GATAL mode

Buku ni mgisahkan si hero (Adam) yg bleh dikatakan trlalu berhati batu n mengagnggap ade hrta maka die akan dpat segalanya...tp die tlupa bnyak harta pun tp kasih sayang xde, useless jugak...but CN bangga ngn Adam, dlm usia muda pun die bleh bjaya n ade kmpeni saham snirik, brkat usaha n titik peluh die sndirik...

Watak heoin plak, Laura digmbrkan seorang yng sederhana, bijak n lemah lembut serta baik hati yg amat, ske tlong org..Laura asal fmily yg miskin, anak pembuat belacan jek...sehinggalah dua insan ni btemu, bile si Adam ni nk bli umah n Laura (broker hartanah) crikan umah tuk die..hrrmm, biasa la jnis StoneCold so tadah tlinga je la Laura ngn stiap kata2 si Adam nih..nk carik gaduh jek kejenye..dh la org nk tlg, tp lupa diri plak, layan Laura ntah hape2..(CN plak yg bengang)..tp siyes, sepanjang bace buku ni, CN asyik duk bengkek jek ngn si Adam...errggghh, xpnah jmpe hero kepala batu n hati batu cmni..but i found it in ABBM..

Hrrmmm, skeras2 mane pun, sah2lah akhirnya jtuh cinta gak ngn si heroin kn...haaa, bru die tau langit tinggi rendah..even at first nk nafikan jugak...bila dh rse cinta tu, baru la tau upenye CINTA ITU INDAH ye Inicik Adam..nway,ending yg happy..:lol

Apa Kata CN:

p/s:-CN bpuas hati ngn ABBM, berbaloi2..even pnat jugak nk ngabihkan smpai 770 pages..owwwhhh, krna CINTA kuturutkan :-)..Xbrani nk komen banyak on nvel2 KakYati, krna CN slalu suke buku2 bliau..utk ABBM CN bg 4*..
 

De' CINTA NOVELLA © 2008. Design By: SkinCorner